Bengkel Audit Kendiri Perjawatan Organisasi (AKPO) MAINPP

Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah menganjurkan Bengkel Audit Kendiri Perjawatan Organisasi (AKPO) yang berlangsung selama dua hari bertempat di Institut Latihan Islam Pulau Pinang (ILIPP).
 
Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Hj. Abd Aziz bin Tajuddin, Timbalan Yang Dipertua MAINPP merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sumber Manusia MAINPP.
 
Dalam sesi rumusan, beliau menekankan kepentingan keupayaan mengurus pelbagai tugasan dalam persekitaran kerja masa kini. Beliau turut menyarankan agar budaya pembelajaran dalam organisasi diperkukuhkan melalui pelaksanaan pusingan tugas (job rotation) serta pemahaman terhadap bidang tugas warga kerja lain sebagai langkah meningkatkan kecekapan, kemahiran dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan.
 
Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah mengikuti sesi taklimat berkaitan Audit Kendiri Perjawatan Organisasi yang disampaikan oleh Encik Muhammad Muizzuddin bin Azman, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia MAINPP. Taklimat tersebut memberi pendedahan mengenai kepentingan penilaian kendiri perjawatan dalam memastikan struktur organisasi kekal relevan dengan keperluan semasa.
 
Bengkel ini turut melibatkan sesi pembentangan oleh Ketua Bahagian dan Ketua Unit MAINPP yang memberi fokus kepada senarai tugas semasa, analisis beban tugasan, perancangan penambahbaikan fungsi kerja serta cadangan penyusunan struktur organisasi baharu.
 
Penganjuran bengkel yang melibatkan penyertaan pegawai serta kakitangan MAINPP ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memperkukuhkan tadbir urus organisasi, memantapkan pengurusan sumber manusia dan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
1
ulat buu
upt btm
bpsm pbm