Kunjungan Daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP)

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah menerima kunjungan daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) bagi sesi pembentangan hasil laporan dan perkembangan Program Pemasangan Peranti Penjimatan Air di Masjid dan Surau Negeri Pulau Pinang.
 
Sesi pembentangan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat MAINPP, Menara JKP ini merupakan kesinambungan kerjasama strategik antara MAINPP, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan PBAPP dalam memupuk budaya penggunaan air secara berhemah di institusi agama Islam.
 
Program yang bermula sejak tahun 2020 ini telah menunjukkan impak positif melalui penjimatan penggunaan air di beberapa masjid dan surau yang terlibat hasil pemasangan peranti penjimatan air.
Selain itu, PBAPP turut berkongsi maklumat berkaitan pematuhan penggunaan peralatan air yang diluluskan serta inisiatif sokongan kepada Rumah Ibadat dan Institusi Kebajikan.
 
MAINPP merakamkan penghargaan kepada PBAPP atas perkongsian dan kerjasama ini. Semoga usaha berterusan ini dapat memperkukuhkan kesedaran masyarakat dalam mengamalkan penggunaan air secara bijak dan lestari.
1